Khamis, 11 November 2010

KAEDAH PEMBELAJARAN SQ3R

1. Survey = Kajian awal
Sebelum memulakan bacaan mengenai sesuatu topik, kamu hendaklah menyemak keseluruhan topik. Lihat tajuk utama dan tajuk-tajuk kecil.

2. Question = Soalan
Kemukakan soalan berbentuk 'bagaimana, siapa, mana, bila dan apa' pada diri sendiri tentang topik.

3. Read = Bacaan
Bacalah tajuk paada kadar bacaan sendiri. Cari tempat yang sesuai dan selesa untuk membaca supaya kamu dapat menumpukan perhatian pada bacaan.
4. Recite = Sebutkan
Sebutkan secara lafaz atau tulis kata-kata kunci mengenai isi penting dan juga jawapan bagi soalan di atas mengikut kefahaman kamu sendiri. Ayat yang kamu bina sendiri lebih senang diingati.

5. Review = Ulangkaji
Beri ujian pada sendiri dengan menutup kata-kata kekunci dan ayat yang telah kamu ringkaskan sendiri untuk memastikan adakah kamu sudah dapat mengingatinya? Jika belum, itu bermaksud kamu harus membacanya semula.

Selamat mencuba dan semoga berjaya (",)/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan