a. PBS sebagai program ‘value-added’ kepada program, keadah dan pendekatan pengurusan sekolah yang telah sedia ada.
b. PBS disediakan untuk membantu sekolah mengurus isu dan masalah murid serta mengembangkan bakat dan potensi murid melalui aktiviti bimbingan yang terancang dan sistematik.
c. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti dilakukan secara kolaboratif dengan guru dan kakitangan lain di sekolah
d. PBS menekankan kepada kecerdasan emosi, motivasi dan perkembangan murid.
DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan merupakan suatu proses yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh guru bimbingan bagi membantu perubahan, meningkatkan pemahaman, kemahiran, perkembangan dan penyesuaian peribadi murid, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika bimbingan dan kaunseling.
TUJUAN DAN MATLAMAT BIMBINGAN
a. Membantu sekolah menyediakan program ke arah pembentukan murid secara holistik berasaskan pendekatan bimbingan dan kaunseling.
b. Mendukung dan merealisasikan matlamat pelan Kementerian Pendidikan.
c. Memperkasa fungsi dan peranan sekolah sebagai industri sumber tenaga manusia.
OBJEKTIF BIMBINGAN
a. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang murid belajar dengan berkesan.
b. Membolehkan murid menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah.
AKTIVITI BIMBINGAN
a. Perkembangan
b. Pencegahan
c. Intervensi
d. Pemulihan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan